Para pelajar tadika dan pelajar sekolah rendah Kemuning II mempunyai lokasi yang mudah untuk mereka berehat, makan atau bersedia untuk ke Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). Bagi pelajar sekolah Darjah 1, 2 dan 3, guru-guru akan mengambil dari pagar sekolah dan selepas bersiap akan menghantar mereka ke KAFA supaya keselamatan lebih terjamin.
Aktiviti-aktiviti yang bermanfaat akan dijalankan termasuk pengukuhan amali ibadah, panduan kerja sekolah, hafazan dan riadhah. Ikuti kami di facebook.
Diuruskan oleh AdSu Edumedia Sdn. Bhd. Tel: 03-51228952 / 019-3544672 E-mail : admin@citrus-soleh.org
Kreatif, Dinamik, Islamik
Program Pra-tahfiz Citrus-soleh bermula pada jam 3:30 hingga 5:00 petang setiap hari. Bagi pelajar yang belum boleh membaca Al-Quran akan di masukkan ke kelas Iqra'. Setelah mahir, akan diteruskan dengan program pra-tahfiz.
Terbuka kepada kanak-kanak berumur 4,5 dan 6 tahun sahaja.