Anak-anak adalah permata hati, pengikat kasih, penghibur sendu, penawar sepi, pengubat luka, serta penyejuk mata ibubapa. Anak-anak juga adalah generasi penyambung warisan tamadun negara dalam segala bidang dan peranan. Justeru itu, asas pendidikan yang mampan, kukuh, kreatif, dinamik dan Islamik merupakan resepi mantap bagi perkembangan fizikal, spiritual dan emosi mereka secara positif.

Tadika Orange dan Taska Lemon telah bertapak lebih dari satu dekad di dalam komuniti Kota Kemuning. Berteraskan elemen-elemen pendidikan tersebut, Tadika Orange dan Taska Lemon sentiasa menjadikan matlamat melahirkan generasi yang boleh memimpin diri sendiri dan masyarakat sebagai objektif utama. Pendidikan di sini dikategorikan kepada berikut: -


Adaptasi pendidikan secara kreatif dan dinamik memastikan keberkesanan pendidikan yang tinggi.

Selain kerangka pembangunan dan penguasaan akademik, program-program impak tahunan seperti Hari Sukan, Lawatan Sambil Belajar, Hari Seni dan Konvokesyen menjulang idealisma, ketahanan, kemampuan dan pengalaman para pelajar ketahap yang lebih tinggi dan praktikal.

Semoga usaha ini menyumbang kepada pembangunan masa hadapan yang paling cemerlang.
Kreatif, Dinamik, Islamik
Diuruskan oleh AdSu Edumedia Sdn. Bhd.   Tel: 03-51228952 / 019-3544672   E-mail : admin@citrus-soleh.org