Resolusi Kongres Perubatan Islam

Diambil dari http://gappima.blogspot.com/ . KOPI 2012 adalah singkatan kepada Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012 di Universiti Malaya pada 1 dan 2 Disember 2012.
     .
Resolusi kongress adalah seperti berikut: - 
           .
1.Ruqyah Syar’iyyah daripada al-Quran dan As-Sunnah memiliki kehebatan tersendiri yang tiada tandingan dari segi keberkesanannya dengan syarat perawat memiliki keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah serta memiliki keilmuan dengan ilmu rawatan Islam dengan sumber ambilan yang sah dan tahu membezakan antara yang hak dan yang batil.
                     .
2. Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah memiliki akidah yang betul, keikhlasan yang jitu, berakhlak mulia, memahami keadaan pesakit, beretika apabila merawat pesakit berlainan gender, pengurusan masa yang berkualiti, pemeriksaaan dengan cara berhemah dan memiliki sifat mahmudah seperti kesabaran, keyakinan doa dimakbulkan, tawadu’ dan kasihan belas kepada pesakit.
                     .
3.Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah beriktikad bahwa kesembuhan datang daripada Allah dan bukannya daripada kemampuan pengamal. Tugas pengamal hanyalah berdoa dan memotivasi pesakit sebagai satu kaedah usaha dan ikhtiar.
                    .
4.Pengamal pengubatan Islam hendaklah memastikan bahawa amalan pengubatan Islam yang dipraktikkannya bebas daripada unsur-unsur batil yang biasa diamalkan dalam perbomohan yang terpesong daripada Syariat Islam seperti penggunaan ‘khidmat syaitan’, tangkal azimat, jampi serapah yang tidak syar’ie, dakwaan mengetahui perkara ghaib, menilik, meramal penyakit, penggunaan bahan yang jelas haram seperti darah, hempedu, daging binatang yang diharamkan dan rajah-rajah pelindung sihir.
5. Penggunaan ubat-ubatan hospital dan pembedahan adalah termasuk dalam pengubatan Islam berdasarkan isyarat hadis Nabi SAW yang menggesa berubat dengan menggunakan madu dan bekam.
            .
6. Pihak berkuasa perlu segera menyekat amalan-amalan dalam pengubatan Islam yang didapati bercanggah dengan Syariat dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang jelas dan hukuman yang setimpal bagi kesalahan tersebut.
                          .

7. Pihak media perlu memaparkan pengetahuan tentang pengubatan Islam yang sebenar bagi memperbetulkan tanggapan salah selama ini terhadap rawatan Islam sehingga menganggap sesiapa sahaja yang menggunakan ayat-ayat al-Quran adalah perawat Islam tanpa menyedari ilmu sihir juga ada yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan kaeddah yang salah.

8. Pengamal pengubatan Islam hendaklah menunujukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mencari pahala daripada Allah tanpa meletakkan imbuhan duniaawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.

9. Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku,

10. Perawat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti mengetahui dalam badan pesakit ada sejumlah jin dan kemudian menilik ayat-ayat al-Quran yang kononya adalah ubat yang sesuai untuk pesakit berdasarkan pencarian secara tilikan maka termasuk dalam kaedah menggunakan khadam ghaib atau jin dan syaitan.

11. Kaedah mengalinkan bahan tertentu di atas tubuh pesakit seperti mengalinkan telur di tempat sakit kemudian apabila telur itu dipecahkan didapati berbagai objek di dalam telur itu seperti rambut atau isi telur itu berubah warna kepada kehitaman atau kemerahan maka ia termasuk kaedah sihir dan pengamalnya dipanggil sebagai Kahin ( merawat dengan menggunakan khidmat jin dan syaitan).

12. Perkara luarbiasa yang menakjubkan dalam rawatan yang berlaku secara berulang-ulang dan boleh diprogramkan daripada awal oleh perawat malah dia pula berbangga kerana perkara luarbiasa itu dianggap sebagai keistimewaan kepadanya maka ia bukannya Karamah atau Maunah tetapi adalah Istidraj atau Sihir. Karamah seseorang perawat dalam bidang pengubatan adalah kurniaan daripada Allah dan ianya berlaku secara mendadak serta tidak boleh diprogramkan (tidak tahu bila akan berlaku dan bagaimana akan berlaku).

13. Kaedah merawat pesakit mangsa sihir dengan menggunakan amalan sihir atau dipanggil dengan istilah An-Nushrah adalah haram hukumnya disisi Jumhur Ulama’. Justeru rawatan terhadap pesakit dengan menggunakan kaedah yang salah hendaklah dihentikan serta-merta. Pengamal pengubatan Islam hendaklah berlapang dada dan menerima pandangan yang betul demi memurnikan pengubatan Islam.
                    .
14. Ilmu kebal, ilmu boleh makan kaca, ilmu boleh menghilang ghaib, ilmu boleh terbang, ilmu boleh melihat walaupun mata tertutup, ilmu boleh menilik masa depan seseorang, ilmu boleh menuntut hutang, dengan cara yang halus dan ilmu boleh berubah menjadi makhluk yang lain adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.
                            .
15. Pengamal pengubatan Islam hendaklah memperkasakan ilmu ini dengan merujuk kepada kitab-kitab pengubatan Islam yang muktabar yang dikarang oleh ulama-ulama yang muktabar, menterjemah kitab-kitab tersebut kepada bahasa Melayu, melakukan penyelidikan dan pengembangan (R&D), menulis buku ilmiah tentang pengubatan Islam dan berdakwah kepada masyarakat melalui pengubatan Islam.
                                                       .
16.Penagih dadah boleh dirawat melalui pengubatan Islam dengan menggunakan kaedah Takholli ( menghilangkan keserabutan di fikiran penagih), kaedah Tahilli (pengisian dengan aktiviti menyihatkan seperti riadah, makanan dan minuman yang halal, solat fardhu dan sunat, pengajian ilmu fardhu ain, membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar dan bersolawat serta qiyamullail) dan kaedah Tajalli (mengekalkan ketenangan fikiran dan rasa kebesaran Allah dan jiwa bekas penagih).
                                                   .
17. Islam tidak memisahkan herba daripada ilmu pengubatan Islam sekiranya herba tersebut terbukti memiliki khasiat yang boleh memberi manfaat kepada manusia samada melalui pembuktian saintifik atau pengalaman turun-temurun sebelum ini dengan syarat ianya halal dan selamat digunakan serta beriktikad bahawa Allah yang menyembuhkan.
                                   .
18. Mengharmonikan pengubatan tradisional Melayu dan pengubatan Islam supaya ia menjadi warisan budaya bangsa yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
                                         .
19. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan hendaklah membuka ruang seluas-luasnya kepada Pengubatan Islam untuk mengadakan program Rawatan Islam di Universiti dan Kolej menyediakan pengubatan Islam di semua hospital kerajaan dan swasta kepada pesakit beragama Islam.
                                               .
20. Perlunya ada sebuah badan yang mengawal disiplin dan etika perawat untuk meningkatkan mutu pengubatan Islam.
                                                 .
21. Seluruh persatuan pengubatan Islam di Malaysia bernaung di bawah GAPPIMA untuk memartabatkan dan melestarikan pengubatan Islam sepanjang hayat.
                                                .
22.Penghargaan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan yang telah mengiktirafan pengubatan Islam dengan wujudnya Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari yang memasukkan rawatan Islam sebahagian daripadanya pada tahun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>